Wednesday 8 June 2011

ya ALLAH aku mahu lebih bersyukur...~~~



Kalau nak disenaraikan nikmat yang Allah bagi kat kita,
impossible untuk kita tulis semuanya,
Allah sendiri dah cakap,
kalau guna 7 lautan sebagai dakwat pun,
still tak habis...

tetibe rasa sedih ngan diri sendiri,
bila ada masalah, cari Allah,
kekadang dapat sesuatu nikmat yang besar
seperti berjaya lam exam yang besar-besar,
baru nak bersyukur..
sering lupa yang sebenarnya,
bila hidup berjalan seperti sedia kala,
tu jugak adalah nikmat...
kekadang lupa dengan nikmat
bila bangun pagi, masih boleh menghirup udara,
untuk meneruskan kehidupan...
masih lagi bergelar muslim...
masih lagi boleh mengangkat kaki untuk ke bilik air...
masih lagi rasa kesejukan air dengan tangan...
masih lagi bau wangian sabun..
alhamdulillah....
tetapi, masih jugak lupa..
berubah!!pleasee...

Allah kurniakan nikmat kat kita supaya kita bersyukur,

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur."
(16:78)

sebenarnya Allah bagi nikmat kat kita,
sebagai alat untuk kita cari sebanyak pahala yang mungkin
dengan bersyukur..
sebab bersyukur bukan hanya dengan mengucap Alhamdulillah dengan lidah,
tapi jugak perlu dizahirkan dengan perbuatan, ibadah..

terkesan sangat dengan ayat ni,

"Allah tidak akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Mengetahui."
(4:147)

Best kan Allah..
Allah Maha Mensyukuri tu maksud dia,
Allah beri pahala terhadap amal hambaNya,
memaafkan kesalahannya dan,
menambah nikmatNya..
Terkesan bila Allah, Tuhan..
Maha Mensyukuri tehadap hambaNya,
iaitu kita, yang hanyalah hamba...
padahal, ada atau tak kita,
beriman atau tak kita ni,
tak memberi kesan pun kepada Dia Yang Maha Besar..
hebatnya....

tapi sedih jugak bila tengok banyak ayat Quran
Allah cakap,
sedikit sekali hamba Dia yang bersyukur...
terasa...=.='

ayuh, rakan-rakan,
teman-teman,
sahabat-sahabat,
kaum kerabat,
jadi hamba yang lebih bersyukur,
n ingat, bersyukur bukan dengan hanya dengan lidah....

Jom jadi hamba Allah yang lebih baik,
usaha walaupon sikit n_n~

No comments:

Post a Comment